Karnival Sukan MASUM telah berlangsung dengan penuh semangat di Pusat Sukan, Universiti Malaya pada 10 hingga 11 Mei 2024. Kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM1,600 serta 100,000 diamond kepada pemenang, selain peluang berprestij untuk melayakkan diri ke MSL Championship Season 3. Acara ini berjaya menarik penyertaan pasukan pelajar terbaik dari universiti-universiti seluruh Malaysia.
Antara pencapaian utama ialah kemenangan Universiti Teknologi MARA yang merangkul tempat pertama, diikuti oleh Universiti Sains Islam Malaysia B, Universiti Sultan Zainal Abidin, dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai empat pasukan terbaik. Syabas diucapkan kepada semua pasukan atas persembahan cemerlang mereka serta semangat kesukanan yang ditunjukkan. Acara ini dibawakan oleh Hotlink dengan sokongan daripada rakan kerjasama seperti Nubia NEO 25G, MASUM 2024, Universiti Malaya, dan Moonton Student Leader, menjadikannya pengalaman e-sukan yang sukar dilupakan.