logo
logo
  • HOME
  • TEAMS
  • ESPORTSLAH
  • EVENTS
  • About Us
    • Our Journey
    • Achievements
      • 2019
      • 2018
    • Partner
image
image
image
image
image
image
image

gamesmystudio@gmail.com

  • Follow Us On:
  • 2025
  • 2024
  • 2022
  • 2021
  • 2020
  • 2019
  • 2018
  • -
image

Selangor Future Cup 2025

Selangor Future Cup ialah kejohanan MLBB untuk pelajar sekolah memengah di negeri Selangor yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Sukan Negeri Selangor dengan kerjasama Todak dan Selangor Red Giants. 

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Kemuning merangkul juara sulung kejohanan e-sukan Selangor Future Cup 2025, selepas menewaskan SMK Saujana Utama, Kuala Selangor .

Pertandingan Mobile Legends Bang Bang (MLBB) anjuran Kerajaan Negeri yang disertai 64 sekolah itu berlangsung dua hari bermula semalam di pusat beli-belah AEON Shah Alam.

SMK Kota Kemuning membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, berlian bernilai RM20,000 dan biasiswa penuh bernilai RM160,000 bagi Diploma Kemahiran Malaysia tajaan Todak.

Sekolah tersebut turut memenangi RM30,000 untuk pembangunan hab e-sukan, trofi, pingat dan barangan eksklusif daripada Selangor Red Giants (SRG) dan Todak.

Pemain SMK Kota Kemuning terdiri Wong Kae Juen, 17; Muhammad Fariez Arsyad Zuriadi, 16; Muhammad Imran Muhamad Aswad, 16; Anantha Raj Kumar, 16; S Phiraphad, 17 dan jurulatih Adib Sulaiman Mohd Mulyadi, 17.

SMK Saujana Utama selaku naib juara membawa pulang wang tunai RM2,500 manakala tempat ketiga (SMK Seksyen 19) dan tempat keempat (SMK Bandar Sunway), masing-masing memperoleh RM1,000, trofi dan barangan eksklusif SRG dan Todak.

Terdahulu EXCO Belia dan Sukan Mohd Najwan Halimi mengucapkan tahniah kepada pemenang dan berharap kejohanan tersebut melonjakkan pembangunan e-sukan di Selangor.

“Tahniah kepada SMK Kota Kemuning kerana berjaya merangkul kejohanan sulung Selangor Future Cup 2025 MLBB hari ini. Alhamdulillah pemenang juga berpeluang menyambung pelajaran dengan biasiswa yang ditaja Todak.

Read more
  • OFFLINE EVENT
  • 22 - 23 February
Official

Stay Connected

Twitch
image image
Facebook
image image
twitter
image image
YouTube
image image
Instagram
image image
Tiktok
image image
  • Home
  • Our Journey
  • Hall of Fame
  • Partner
  • About Us

GAMESMY ESPORTS @ GamesMY X Sdn. Bhd.