Nimbus Esports Fest 2024 kembali dengan penuh meriah pada 8 hingga 9 Jun bertempat di LaLaport BBCC, menampilkan barisan kejohanan permainan video popular seperti Mobile Legends: Bang Bang, Street Fighter 6, Tekken 8, EA Sports FC 2024, dan eFootball. Dengan jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM30,000, acara ini berjaya menarik penyertaan pemain-pemain berprestij serta peminat tegar dari pelbagai kawasan. Kejohanan Mobile Legends: Bang Bang sahaja menawarkan hadiah bernilai RM15,000 dan berakhir dengan perlawanan akhir yang mendebarkan.
Acara ini turut menyaksikan kerjasama strategik bersama Flash Vision dan komuniti Malaysia Fighting Games (MyFGC) bagi kejohanan Tekken 8 dan Street Fighter 6, serta penampilan sulung kejohanan eFootball dan EA Sports FC 2024. Selain daripada pertandingan utama, zon Free Play yang meriah turut menjadi tarikan, dengan kehadiran cosplayer terkenal seperti Fumiko Kriss dan Inna yang menceriakan suasana serta mengeratkan hubungan komuniti dalam dunia permainan kompetitif.