MSL Championship Season 3 merupakan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) rasmi di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh Malaysia, dianjurkan oleh Moonton Student Leader (MSL) dengan kerjasama penaja rasmi, TECNO Mobile. Kejohanan ini menjadi pentas utama bagi para pelajar universiti menunjukkan bakat dan strategi mereka dalam arena e-sukan kompetitif.
Musim kali ini menawarkan jumlah hadiah terkumpul sebanyak RM60,000.00, menarik penyertaan daripada pelbagai pasukan IPT dari seluruh Malaysia. MSL Championship bukan sahaja memperkasakan komuniti pelajar dalam dunia e-sukan, tetapi juga memperkukuh semangat kesukanan, kepimpinan, dan kerja berpasukan dalam kalangan generasi muda.